KESYAHIDAN SAYYIDINA ANAS BIN NADR
Sayyidina Anas bin Nadr ialah seorg sahabat yg tidak dapat menyertai peperangan Badar. beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya, "Badar ialah peperangan yg pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu."
Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dgn penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, org Islam telah menang pada permulaan perang itu. Namun, akibat satu kesilapan, org Islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini, Rasullullah SAW telah menetapkan beberapa org di sebuah bukit yg tertentu, "Selagi sya tidak arahkan, kamu jangan meninggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu."
Orang2 Islam telah menang pada mulanya. Kemudian apabila tentera2 yg berada di atas bukit melihat org kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa perang sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar org kafir untuk mendpatkn harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang, "Ini ialah larangan Rasulullah SAW, kamu jgn tinggalkan tmpt ini."
Walau bagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah SAW hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, org kafir ternampak yg dibukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu, org Islam berada dalam keadaan leka. tanpa disedari, org kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan org Islam rasa tertekan. Tambahan pula, org Islam berada di tengah2 org kafir yg menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu arah.
Sayyidina Anas telah ternampak seorg sahabat, Sayyidina Sa'ad bin Ma'az datang daru arah hadapan. Beliau berkata "Wahai Sa'ad, kemana engkau hendak pergi? demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud."
Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan org kafir dgn pedang yg masih terhunus di tangan. selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang. setelah gugur syahid didapati badanya telah tercedera parah. terdapat lebih drpd lapan puluh liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. saudara perempuan beliau sahaja yg dpt mengenali beliau melalui hujung jari beliau.
KETERANGAN
org yg terlibat dengan kerja2 Allah (kerja agama) dengan ikhlas dan keinginan yg sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi. Sayyidina Anas mancium bau syurga semasa hidup di sunia lagi. sekiranya kita juaga menjadi org yg ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi..
ASSALAMUALAIKUM...
ILMU YG TIDAK SEBERAPA UTK DIKONGSI BERSAMA2..
DIPETIK DARI BUKU ILMIAH FADILAT AMAL -SYAIKH UL-HADIS HADRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAWI
No comments:
Post a Comment