Thursday 30 January 2014

TEGURAN RASULULLAH SAW KPD SAHABAT YG KETAWA

TEGURAN RASULULLAH SAW KPD SAHABAT YG KETAWA

suatu ketika Rasulullah dlm pejalanan utk menunaikan solah lalu Baginda SAW ternampak satu kumpulan org yg sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah SAW bersabda "sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yg saya lihat ini."
oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, " Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat2."
apabila seseorg mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, " Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yg berjalan di atas muka bumi, engkaulah yg paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."
selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yg melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
apabila org berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, " Tiada kata2 aluan untk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yg berjalan di atas muka bumi engkaulah yg paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."
selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulan2 rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. sekiranya seekor sahaja daripda ular itu menghamburkan bisa ke atas org tersebut hingga ke hari kiamat. selepas itu Rasulullah SAW bersabda, " Kubur merupakan satu taman daripada taman2 syurga atau pun satu lembah daripada lembah2 neraka.

KETERANGAN
takutkan Allah ialah perkara yg sgt2 perlu lg penting. perkara inilah yg menyebabkan Rasulullah SAW sering berfikir secara mendalam. mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah. oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat.

ILMU UTK DIKONGSI BERSAMA2..
DIPETIK DARI BUKU ILMIAH FADILAT AMAL -SYAIKH UL-HADIS HADRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAWI
semoga bermanfaat ^.^

Wednesday 29 January 2014

KESYAHIDAN SAYYIDINA ANAS BIN NADR ^^

KESYAHIDAN SAYYIDINA ANAS BIN NADR

Sayyidina Anas bin Nadr ialah seorg sahabat yg tidak dapat menyertai peperangan Badar. beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya, "Badar ialah peperangan yg pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu."
Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dgn penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, org Islam telah menang pada permulaan perang itu. Namun, akibat satu kesilapan, org Islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini, Rasullullah SAW telah menetapkan beberapa org di sebuah bukit yg tertentu, "Selagi sya tidak arahkan, kamu jangan meninggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu."
Orang2 Islam telah menang pada mulanya. Kemudian apabila tentera2 yg berada di atas bukit melihat org kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa perang sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar org kafir untuk mendpatkn harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang, "Ini ialah larangan Rasulullah SAW, kamu jgn tinggalkan tmpt ini."
Walau bagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah SAW hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, org kafir ternampak yg dibukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu, org Islam berada dalam keadaan leka. tanpa disedari, org kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan org Islam rasa tertekan. Tambahan pula, org Islam berada di tengah2 org kafir yg menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu arah.
Sayyidina Anas telah ternampak seorg sahabat, Sayyidina Sa'ad bin Ma'az datang daru arah hadapan. Beliau berkata "Wahai Sa'ad, kemana engkau hendak pergi? demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud."
Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan org kafir dgn pedang yg masih terhunus di tangan. selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang. setelah gugur syahid didapati badanya telah tercedera parah. terdapat lebih drpd lapan puluh liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. saudara perempuan beliau sahaja yg dpt mengenali beliau melalui hujung jari beliau.

KETERANGAN
org yg terlibat dengan kerja2 Allah (kerja agama) dengan ikhlas dan keinginan yg sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi. Sayyidina Anas mancium bau syurga semasa hidup di sunia lagi. sekiranya kita juaga menjadi org yg ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi..

ASSALAMUALAIKUM...
ILMU YG TIDAK SEBERAPA UTK DIKONGSI BERSAMA2..
DIPETIK DARI BUKU ILMIAH FADILAT AMAL -SYAIKH UL-HADIS HADRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAWI

Wednesday 15 January 2014

YAHANANA

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum.. 

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

MAULIDUR RASUL 2014 HIKMAH



Friday 10 January 2014

30 ORANG YG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menjdi ibu susuan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.