Tuesday 25 March 2014

NIAT... ^_^

assalamualaikum....
pagi selasa yg bertarikh 25/3/2014 yg cerah...
ok...kembali ke sini...yg ingin disampaikn adalah berkaitan dgn niat...
ada 3 jenis niat yg sya ketahui dr sebuah majlis ilmu,,,
alhamdulillah.... ^_^

1. NIAT KERANA ALLAH SWT
-segala yg dilakukan adalah kerana Allah... Bukan kerana orang lain iaitu Hamba Allah....
- LILLAHI TA'ALA kerana Allah Ta'ala....
-setiap pekerjaan yg dilakukan hendaklh mempunyai niat iaitu kerana Allah.. insyaAllah.. :)

2. NIAT KERANA ALLAH DAN MAKHLUK ALLAH
- niat yg ke2 ini adalah seperti ini, seseorg hamba Allah melakukan sesuatu perubahan terhadap dirinya ataupun hijrah terhadap dirinya. Dia melakukannya adalah kerana Allah dan seseorang yg sgt dekat dengannya ataupun lebih dikenali seseorg yg sgt disayanginya...haaa....di sini...dalam kita melakukan sesuatu perubahan mesti kerana Allah, klau kita buat kerana org yg kita syg itu dh lain kn...jadi...selalukh terapkan bahawa kita berbuat sesuatu yg baik itu hanyalh kerana Allah bukan nya makhluknya...

3. NIAT KERANA MAKHLUK/ HAMBA ALLAH
- seseorg hamba Allah ini melakukan sesuatu yg baik hanyalh kerana org yg dia syg (contoh yg terdekat masa ini kn). Dia melakukan sesuatu bukannya kerana Allah ttpi kerana org...haaa.....di sini dh tidak ada apa2 dah kn yg dia perolehi...kerana dia melakukan sesuatu kerana org...


haaa.....adakah boleh difahami isi yg ingin disampaikan di atas....
apa yg penting di sini adalah niat.....setiap yg dilakukan mesti niat kerana Allah...insyaAllah...

dalam sesuatu program atau majlis ilmu..yg pertama sekali adalah niat kn?
masa di awal aktiviti atau program atau majlis ilmu...kita haruslah ikhlaskan hati, niat yg betul....
niat ini seperti surat yg ingin dihantar kpd sebuah alamat.. jika alamat itu salah maka salahlh tempat surat itu ditujukan samalh seperti niat kita...betul kan??
seperti hadis ini...ini merupakan hadis yg pertama..
"Dari ketua orang-orang yg soleh Umar Ibnu Khattab. Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, Setiap perbuatan, itu adalah berdasarkan kpd niatnya dan seseorg itu akan mendapatkan sesuai dgn niatnya. Barangsiapa yg berhijrah kerana Allah SWT dan rasulnya, maka dia akan mendapatkan hijrah kepada Allah SWT dan rasulnya. Namun, brgsiapa yg berhijrah kerana kemewahan dunia dan wanita yg ingin dinikahinya, maka dia akan mendapat hijrah kpd kemewahan dinua dan wanita yg ingin dinikahninya.  "
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


itu sahaja coretan yg dpt disampaikn...
sesungguhnya sesuatu yg baik datangnya dari Allah SWT dan yg kekurangan dtgnya dari sya sendiri...
andai ada yg salah dalam coretan ini mohon diperbetulkan dan andai ada yg terkasar bahasa atau terlanjur kata harap dimaafkn.. ^_^ wasalam...

Monday 24 March 2014

HIJAU ^_^

WARNA HIJAU.....warna yg indah & mendamaikan.. ^_^


HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

“Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”


Tuesday 25 February 2014

BISMILLAH


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Di tangan-Nya semua kebaikan. Dia-lah pemilik hakiki semua kekuasaan. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan dicabutnya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Dia muliakan orang yang Dia kehendaki dan Dia hinakan orang yang kehendaki-Nya. Dan sungguh Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
Shalawat dan salam semoga terlimpah baginda Rasulillah, Shallallahu 'Alaihi Wasallam, yang telah menunaikan amanat, menasihati umat, dan berjihad di jalan-Nya dengan sebenar-benarnya jihad. Semoga juga shalawat dan salam dilimpahkan kepada keluarga dan para sahabatnya serta umatnya yang senantiasa mengikuti sunnah-sunnahnya dan melanjutkan perjuangannya.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (QS. Ali Imran: 147)

LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAAH

Assalamualaikum.
Jom kongsi ilmu:

-Dari Abi Musa Al-Asy'ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku: "Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?", Maka aku menjawab: "Tentu, wahai Rasulullah". Maka beliau menjawab: "Ucapkanlah

لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah

SYIRIK TANPA SEDAR

Assalamualaikum.
Jom kongsi ilmu:

Syirik tanpa kita sedari boleh jadi macam ni. Situasi: Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kerana apa yg berlaku kemudian itu adalah urusan Allah S.W.T
Situasi lain: Azlie bertanya kpd Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam." Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli.

Thursday 30 January 2014

TEGURAN RASULULLAH SAW KPD SAHABAT YG KETAWA

TEGURAN RASULULLAH SAW KPD SAHABAT YG KETAWA

suatu ketika Rasulullah dlm pejalanan utk menunaikan solah lalu Baginda SAW ternampak satu kumpulan org yg sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah SAW bersabda "sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yg saya lihat ini."
oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, " Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat2."
apabila seseorg mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, " Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yg berjalan di atas muka bumi, engkaulah yg paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."
selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yg melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
apabila org berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, " Tiada kata2 aluan untk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yg berjalan di atas muka bumi engkaulah yg paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."
selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulan2 rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. sekiranya seekor sahaja daripda ular itu menghamburkan bisa ke atas org tersebut hingga ke hari kiamat. selepas itu Rasulullah SAW bersabda, " Kubur merupakan satu taman daripada taman2 syurga atau pun satu lembah daripada lembah2 neraka.

KETERANGAN
takutkan Allah ialah perkara yg sgt2 perlu lg penting. perkara inilah yg menyebabkan Rasulullah SAW sering berfikir secara mendalam. mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah. oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat.

ILMU UTK DIKONGSI BERSAMA2..
DIPETIK DARI BUKU ILMIAH FADILAT AMAL -SYAIKH UL-HADIS HADRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAWI
semoga bermanfaat ^.^

Wednesday 29 January 2014

KESYAHIDAN SAYYIDINA ANAS BIN NADR ^^

KESYAHIDAN SAYYIDINA ANAS BIN NADR

Sayyidina Anas bin Nadr ialah seorg sahabat yg tidak dapat menyertai peperangan Badar. beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya, "Badar ialah peperangan yg pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu."
Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dgn penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, org Islam telah menang pada permulaan perang itu. Namun, akibat satu kesilapan, org Islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini, Rasullullah SAW telah menetapkan beberapa org di sebuah bukit yg tertentu, "Selagi sya tidak arahkan, kamu jangan meninggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu."
Orang2 Islam telah menang pada mulanya. Kemudian apabila tentera2 yg berada di atas bukit melihat org kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa perang sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar org kafir untuk mendpatkn harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang, "Ini ialah larangan Rasulullah SAW, kamu jgn tinggalkan tmpt ini."
Walau bagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah SAW hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, org kafir ternampak yg dibukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu, org Islam berada dalam keadaan leka. tanpa disedari, org kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan org Islam rasa tertekan. Tambahan pula, org Islam berada di tengah2 org kafir yg menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu arah.
Sayyidina Anas telah ternampak seorg sahabat, Sayyidina Sa'ad bin Ma'az datang daru arah hadapan. Beliau berkata "Wahai Sa'ad, kemana engkau hendak pergi? demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud."
Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan org kafir dgn pedang yg masih terhunus di tangan. selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang. setelah gugur syahid didapati badanya telah tercedera parah. terdapat lebih drpd lapan puluh liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. saudara perempuan beliau sahaja yg dpt mengenali beliau melalui hujung jari beliau.

KETERANGAN
org yg terlibat dengan kerja2 Allah (kerja agama) dengan ikhlas dan keinginan yg sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi. Sayyidina Anas mancium bau syurga semasa hidup di sunia lagi. sekiranya kita juaga menjadi org yg ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi..

ASSALAMUALAIKUM...
ILMU YG TIDAK SEBERAPA UTK DIKONGSI BERSAMA2..
DIPETIK DARI BUKU ILMIAH FADILAT AMAL -SYAIKH UL-HADIS HADRAT MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAWI

Wednesday 15 January 2014

YAHANANA

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum.. 

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

MAULIDUR RASUL 2014 HIKMAH



Friday 10 January 2014

30 ORANG YG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menjdi ibu susuan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.