Tuesday 25 March 2014

NIAT... ^_^

assalamualaikum....
pagi selasa yg bertarikh 25/3/2014 yg cerah...
ok...kembali ke sini...yg ingin disampaikn adalah berkaitan dgn niat...
ada 3 jenis niat yg sya ketahui dr sebuah majlis ilmu,,,
alhamdulillah.... ^_^

1. NIAT KERANA ALLAH SWT
-segala yg dilakukan adalah kerana Allah... Bukan kerana orang lain iaitu Hamba Allah....
- LILLAHI TA'ALA kerana Allah Ta'ala....
-setiap pekerjaan yg dilakukan hendaklh mempunyai niat iaitu kerana Allah.. insyaAllah.. :)

2. NIAT KERANA ALLAH DAN MAKHLUK ALLAH
- niat yg ke2 ini adalah seperti ini, seseorg hamba Allah melakukan sesuatu perubahan terhadap dirinya ataupun hijrah terhadap dirinya. Dia melakukannya adalah kerana Allah dan seseorang yg sgt dekat dengannya ataupun lebih dikenali seseorg yg sgt disayanginya...haaa....di sini...dalam kita melakukan sesuatu perubahan mesti kerana Allah, klau kita buat kerana org yg kita syg itu dh lain kn...jadi...selalukh terapkan bahawa kita berbuat sesuatu yg baik itu hanyalh kerana Allah bukan nya makhluknya...

3. NIAT KERANA MAKHLUK/ HAMBA ALLAH
- seseorg hamba Allah ini melakukan sesuatu yg baik hanyalh kerana org yg dia syg (contoh yg terdekat masa ini kn). Dia melakukan sesuatu bukannya kerana Allah ttpi kerana org...haaa.....di sini dh tidak ada apa2 dah kn yg dia perolehi...kerana dia melakukan sesuatu kerana org...


haaa.....adakah boleh difahami isi yg ingin disampaikan di atas....
apa yg penting di sini adalah niat.....setiap yg dilakukan mesti niat kerana Allah...insyaAllah...

dalam sesuatu program atau majlis ilmu..yg pertama sekali adalah niat kn?
masa di awal aktiviti atau program atau majlis ilmu...kita haruslah ikhlaskan hati, niat yg betul....
niat ini seperti surat yg ingin dihantar kpd sebuah alamat.. jika alamat itu salah maka salahlh tempat surat itu ditujukan samalh seperti niat kita...betul kan??
seperti hadis ini...ini merupakan hadis yg pertama..
"Dari ketua orang-orang yg soleh Umar Ibnu Khattab. Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, Setiap perbuatan, itu adalah berdasarkan kpd niatnya dan seseorg itu akan mendapatkan sesuai dgn niatnya. Barangsiapa yg berhijrah kerana Allah SWT dan rasulnya, maka dia akan mendapatkan hijrah kepada Allah SWT dan rasulnya. Namun, brgsiapa yg berhijrah kerana kemewahan dunia dan wanita yg ingin dinikahinya, maka dia akan mendapat hijrah kpd kemewahan dinua dan wanita yg ingin dinikahninya.  "
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


itu sahaja coretan yg dpt disampaikn...
sesungguhnya sesuatu yg baik datangnya dari Allah SWT dan yg kekurangan dtgnya dari sya sendiri...
andai ada yg salah dalam coretan ini mohon diperbetulkan dan andai ada yg terkasar bahasa atau terlanjur kata harap dimaafkn.. ^_^ wasalam...

Monday 24 March 2014

HIJAU ^_^

WARNA HIJAU.....warna yg indah & mendamaikan.. ^_^


HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.
Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

“Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”